Thursday, 8 September 2011

Ahlul Bayt


Segalanya berdasarkan kepada ayat Ath-Thathhir (Penyucian) di dalam surah al-Ahzab: 33 yang berbunyi



                                        اِنمَّاَ يُريِدُ اللهُ لِيُذهِبَ عَنكُمُ الرِّجسَ أهلَ البَيتِ وَيُطَهِّرَكُم تَطهِيرا"Sesungguhnya Allah bermaksud semata-mata mahu menghilangkan dosa dari kalian semua wahai Ahlul Bait dan menyucikan kalian sesuci-sucinya"Ahlul Bait adalah perkataan bahasa arab yang bemaksud ahli rumah atau keluarga. Pengertian ini menunjukkan kepada ahli keluarga Nabi s.a.w tanpa sebarang pengecualian samada yang kafir atau sebaliknya. Dari itu, dapatlah disimpulkan bahawa pengertian Ahlul Bait dari sudut bahasa (لغة) ini tidak sesuai untuk dijadikan ukuran dalam perbahasan ini. Seterusnya, dapat juga dirumuskan bahawa Ahlul Bait yang dimaksudkan Nabi merupakan individu-individu pilihan Allah dan Rasul-Nya.Sebuah hakikat yang tidak mungkin akan dinafikan oleh sesiapa bahawa Ahlul Bait yang dimaksudkan di dalam ayat Thathhir tersebut adalah Nabi s.a.w, Ali bin Abi Thalib, Fatimah az-Zahra`, Hasan bin Ali dan Husein bin Ali.Para ulama tafsir berserta hadits-hadits yang meriwayatkan tentang kenyataan ini sangat kuat dan jitu. Lebih kurang 24 orang para sahabat yang telah mengakui kebenaran ini. Diantaranya imam Ali, imam Hasan, imam Husein, Abdullah bin Ja`afar, Ibnu Abbas, Aisyah, Ummu Salamah, Anas bin Malik, Sa`ad bin Abi Waqqas, Abu Hamzah dan Mughaffal.Sementara para ulama Sunni diantaranya Jalaluddin as-Suyuthi asy- Syafi`ie – pengarang tafsir ad-Durul Mantsur – telah membawakan periwayatan mengenainya sebanyak 20 riwayat. Hal ini dilakukan juga oleh ath-Thabari – penulis tafsir Sunni pertama – dan Ibnu Katsir. Kedua-dua mereka telah mencatat dalam karya tafsir masing-masing tidak kurang dari 15 riwayat dari rantai sanad yang berbeza.Ahlul Bait yang Allah s.w.t sebutkan dalam ayatNya tersebut adalah sebagai menunjukkan kepada satu golongan keluarga Nabi yang terpilih dari bilangan mereka yang besar. Ahlul Bait kalau dalam ertikata bahasa memang bermaksud keluarga Nabi tapi demi untuk membezakan antara keluarga Nabi yang suci dan tidak maka Allah s.w.t menyebutnya di dalam al-Quran dan memerintahkan nabi menunjukkan siapakah gerangan individu pilihan tersebut.Contohnya imam Muslim meriwayatkan dalam Shahihnya dari isteri Nabi sayyidatina Aisyah berkata:Pada suatu pagi, Nabi membaluti tubuhnya dengan kain yang diperbuat dari wool berwarna hitam. Setelah Hasan datang, baginda memasukkannya ke dalam kain tersebut. Datang Husein, baginda juga memasukkannya ke dalam kain. Kemudian datang Fatimah juga baginda memasukkannya ke dalam kain. Akhirnya datang Ali dan baginda memasukkannya ke dalam kain. Setelah itu baginda terus membaca ayat…..(Thathhir)



Hakikatnya, sebab utama Allah s.w.t memilih kalangan keluarga Nabi s.a.w untuk disucikan kerana mereka bakal menjadi gandingan al-Quran sebagaimana sabda Nabi s.a.w:

يا ايُّهَا النَّاس اِنِّي قَدْ تَرَكْتُ فِيكُم مَا اِنْ أخَذْتُمْ بِهِ لَن تَضِلُّوا: كِتاَبُ الله وعِترَتِي أهل بَيتِي

"Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah meninggalkan kepada kamu sesuatu yang jika kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya: Kitab Allah dan keluargaku iaitu Ahlul Baitku"



Kesucian yang Ahlul Bait miliki ada dinyatakan oleh para ulama diantaranya:

1. Ibnu Jarir ath-Thabari berkata: Sesungguhnya Allah berkehendak untuk menghilangkan السوء (kenistaan) dan الفحشاء (kekejian) dari mereka dan mensucikan mereka dari kotoran yang timbul akibat maksiat dengan sesuci-sucinya.

(Tafsir ath-Thabari: Ayat Thathhir)

2. Ibnu Hajar al-Haitami pula berkata: Ayat Thathhir ini adalah sumber keutamaan Ahlul Bait a.s kerana ianya terkandung kemuliaan dan perhatian Allah terhadap mereka, di mana ayat ini dimulakan dengan kata إنما yang faedahnya sebagai للحصر iaitu keterbatasan dan pengkhususan kehendak Allah terhadap mereka bagi menghilangkan nista الرجس iaitu dosa atau syak yang wajib aman dari mereka. Juga mensucikan mereka dari seluruh akhlak dan perihal yang keji.

(As-Sawa`iqul Muhriqah: Hal. 223)

3. Jalaluddin as-Suyuthi di dalam bukunya Al-Iklil Fi Istimbatit Tanzil mengatakan bahawa berdasarkan ayat inilah (ayat Thathhir), maka mereka (para ulama) berpendapat bahawa ijma` (persepakatan fatwa) Ahlul Bait adalah hujjah. Ini adalah kerana ar-Rijs tidak mungkin ada pada diri mereka.

(Al-Iklil Fi Istimbatit Tanzil: Hal. 178.)



Di dalam kitabnya Al-Kabir, Thabrany dan ar-Rafi'iy dan Ahmad bin
Hanbal di dalam Musnadnya, diriwayatkan bahwa Rasulullah Saw bersabda,

"Mereka itu (Ahlul Baitku) adalah keturunanku. Mereka diciptakan dari
darah dagingku dan dikarunia pemahaman dan ilmuku. Celakalah umatku
yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubungan denganku
melalui mereka. Allah tidak akan menurunkan syafa'at kepada
orang-orang seperti itu!"

Rasul saw bersabda, "Tidaklah yang mencintai kami Ahlul Bait melainkan
orang beriman dan tidaklah yang membenci kami kecuali orang munafiq !"
(Al-Mala dalam Sirah-nya)





Antara ahlul bayt yang masih hidup....


                  Maulana Syeikh Muhammad Nazim Adil Al-Haqqani 
     






Shaykh al-Sharif Al-Sayyid Muhammad al-Hasan ibn Alawi ibn Abbas ibn Abd al-Aziz al-Maliki al-Hasani 
al-'Idrisi al-Makki


Tuesday, 9 August 2011

Kelebihan Sepagi Dan Sepetang Di Jalan Allah

Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya keluar berjuang di jalan Allah sepagi atau sepetang adalah lebih baik daripada dunia dan isinya

Hadis Sahl bin Saad As-Saa'idiy r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sepagi atau sepetang yang digunakan oleh seorang hamba untuk berjuang di jalan Allah adalah lebih baik daripada dunia dan isinya

Hadis Abu Ayyub r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sepagi atau sepetang berada di jalan Allah adalah lebih baik daripada apa yang telah diterbitkan dan diterbenamkan oleh matahari

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah akan memberi jaminan kepada orang-orang yang keluar (berjuang) di jalan-Nya. Sesungguhnya orang yang keluar untuk berjihad hanya kerana iman dan ikhlas kepada Allah, maka Allahlah yang akan memberi jaminan untuk memasukkannya ke dalam Syurga atau akan mengembalikannya semula ke rumah, beliau juga keluar dengan mendapat pahala atau harta rampasan. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Pada setiap bahagian tubuh yang terluka di jalan Allah akan diperlihatkan oleh-Nya pada Hari Kiamat. Ketika beliau terluka warna darah dan baunya adalah seperti minyak kasturi. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya, jika peperangan itu memang tidak berat bagi kaum Muslimin, sudah tentu aku tidak akan meninggalkan pasukan yang turut berperang pada jalan Allah tetapi aku sendiri tidak mampu memberikan kenderaan kepada mereka dan keadaan mereka sendiri juga seperti diriku yang tidak mampu. Mereka sendiri sebenarnya masih merasa keberatan dan tidak dapat berangkat bersamaku. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Sesungguhnya aku lebih suka seandainya aku berperang di jalan Allah lalu terbunuh, lalu aku dihidupkan kemudian berperang lagi dan terbunuh, kemudian aku dihidupkan dan berperang lagi dan akhirnya terbunuh lagi.

Tidur Di Waktu Tengah Hari

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda:

"Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."

Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang. Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti. Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran (insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya. Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun.

(Dr. Stanley Coren; 'Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,' Psychiatric Times, March 1998)

Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 - $150 billion setahun. (Dr. Stanley Coren; Ibid) Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis.

(Rujukan: Tinker Ready (2000); 'Naps: The Art of Snoozing'wink

Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di dalam majalah perubatan 'Lancet' pada pada bulan Oktober, 1999.

(Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)

Tidur Dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah

Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerihatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata:

"Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari)

Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan:

"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur."

(Bukhari-Muslim)

Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang. Tidur secara yang mansabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri.

Monday, 8 August 2011

6 Prinsip Shabat Untuk Berjaya Di Dunia


1. Hakikat Kalimah Toyyibah
“Laailaha illallah, Muhammadur rasulullah”
2. Hakikat Solat Khusyu’ wal Khudu’
3. Hakikat Ilmu & Zikir
4. Hakikat Iqram Muslimin
5. Hakikat Ikhlas Niat
6. Hakikat Khuruj Fiisabiilillah

1. Hakikat Kalimah Toyyibah : “Laailaha illallah, Muhammadur rasulullah”
Kalimah ini terbahagi dua iaitu kalimah Iman & kalimah Amal:
 Kalimah Iman adalah Laailahailallah.
 Maksudnya : Tiada tuhan melainkan Allah
Maksud dan tujuannya :
Untuk mengeluarkan kebesaran kebendaan didalam diri kita dan memasukan kebesaran
Allah kedalam hati kita.
Kelebihan atau Keutamaannya :
Apabila di timbang tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dengan kalimah laailahailallah
maka akan lebih berat kalimah laailahailallah kerana tujuh petala langit dan tujuh petala
bumi akan hancur pada hari kiamat sedangkan kalimah laailahailallah kekal abadi.
Rasulullah saw bersabda :
“man kaana akhiru kalamihi laailahailallah dad kholal jannah.”
Maksudnya :
Barang siapa yang di akhir hayat nya keluar dari lidah nya kalimah laailahailallah wajib
masuk syurga.
Cara untuk mendapatkan nya :
 Hendaklah melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya.
 Hendaklah memperbanyak mengucakan kalimah laailahailallah.
 Hendaklah da’wahkan kalimah laailahailallah kepada saudara kita diseluruh alam.
 Hendaklah berdo’a agar Allah swt tanamkan Hakikat Iman didalam diri kita serta
didalam diri saudara kita diseluruh alam.


 Kalimah Amal iaitu : Muhammadarasulullah.
 Maksudnya : Muhammad adalah utusan Allah.
Maksud dan tujuannya:
Untuk mendapatkan kejayaan dan kebahagiaan di dalam dunia ini,
cuma ada satu cara iaitu mengikuti cara baginda Rasulullah saw.
Kelebihan atau Keutamaannya :
Sabda Rasulullah SAW :
“Man ahya sunnati faqod ahabani waman ahabani kaana ma’afil jannah.”
Maksudnya : Barang siapa yang menghidupkan sunnahku berarti ia cinta kepadaku dan
barang siapa yang cinta kepadaku maka ia akan masuk syurga bersamaku.
Sabda Rasulullah SAW :
“Man tamasaka bi sunnati inda fasadi ummati falahu ajru miiyati sayyid.”
Maksudnya :
Barang siapa yang berpegang teguh dengan salah satu sunnahku di zaman yang fasad
(kerosakan umat) ini, maka ia mendapatkan ganjaran seratus pahala mati sahid.
Cara untuk mendapatkannya :
 Hendaklah memperbanyak selawat atas Nabi saw.
 Hendaklah menghidupkan sunnah, baik sunnah yang terkecil iaitu membuang duri
dijalan, hingga sunnah yang terbesar iaitu berda’wah.
 Hendaklah da’wahkan amal ini kepada saudara kita diseluruh alam.
 Hendaklah berdo’a agar Allh swt tanamkan Hakikat Amal didalam diri kita serta
diri saudara kita diseluruh alam.

2. Hakikat Solat Khusyu’ wal Khudu’
 Solat,Maksudnya : Hubungan manusia dengan sang Kholiq (Maha Pencipta)
 Khusyu’ Maksudnya : Kosentrasi
 Khudu’ Maksudnya : Tertib
Tertib dibagi tiga :
1. Tertib Waktu, iaitu solat diawal Waktu
2. Tertib Tempat, solat dimana azan diazankan iaitu di Masjid
3. Tertib Cara, iaitu solat dengan cara berjamaah
Maksud dan tujuaannya :
 Sifat-sifat didalam Solat kita bawa kedalam kehidupan kita sehari-hari.
 Jika di dalam Solat kita tutup aurat, maka di luar Solat pun kita hendaklah
menutup aurat.
 Didalam Solat kita menundukan pandangan, maka diluar Solat pun kita hendaklah
menundukan pandangan.
 Didalam Solat kita mengucapkan salam, maka diluar Solat juga hendaklah kita
mengucapkan salam ketika bertemu sesama muslim.
Kelebihan atau Keutamaannya :
Sabda Rasulullah saw :
Barang siapa yang menjaga Solat nya lima waktu siang dan malam selama 40 hari
Berturut-turut tanpa ketinggalan Takbiratul Ula bersama Imam, maka ia akan
mendapatkan 2 kebebasan :
1. Terbebas dari siksa kubur
2. Terbebas dari sifat munafik
Barang siapa yang menjaga Solat nya maka Allah swt akan memberi 5 jaminan :
1. Akan diberi Keberkatan rezeki
2. Akan diselamatkan dari siksa kubur
3. Akan diberi catatan Amalan dari tangan kanan
4. Akan meniti titian sirat pantas seperti kilat
5. Akan masuk syurga tanpa hisab
Cara untuk mendapatkannya :
 Hendaklah Solat diawal waktu, berjamaah, di mana azan di azankan(Masjid).
 Hendaklah Solat di sof yang paling depan.
 Hendaklah da’wahkan kepada saudara Muslim supaya solat. Manakala, yang sudah
Solat hendaklah diseru Solat berjamaah.
 Hendaklah berdo’a agar Allah SWT tanamkan Hakikat Solat Khusyu’ Wal khudu’
didalam diri kita serta dalam diri saudara kita diseluruh alam.

3. Hakikat Ilmu & Zikir
 Ilmu, Maksudnya : Pengetahuan
Maksud dan tujuannya :
 Dengan Ilmu, kita dapat mengetahui yang mana Perintah Allah swt dan yang mana
Larangan Nya.
 Dengan Ilmu, kita dapat mengetahui yang mana yan Halal dan yang mana Haram.
 Dengan Ilmu, kita dapat mengetahui yang mana yang Sunat dan yang mana Makruh.
Kelebihan atau keutamaanya :
 Tidurnya seorang yang berilmu itu adalah lebih ditakuti syaitan dari pada 1000
orang abid (ahli ibadah ) tanpa ilmu. Orang yang keluar menuntut ilmu sama juga
dengan orang yang berada dijalan Allah sehingga ia kembali.
 Barang siapa yang bersusah payah untuk menuntut ilmu, maka Allah swt akan
memberi kemudahan jalan menuju syurga.
Cara untuk mendapatkannya :
Ilmu terbagi dua Ilmu Masail dan Ilmu Fadail.
 Ilmu Masail kita belajar dengan Ulama-ulama, tok kiyai, ustaz mursyid, Guru-guru
Agama dan sebagainya.
 Ilmu Fadail pula, kita belajar melalui kitab-kitab, buku-buku agama seperti buku
Fadail Amal dll.
 Hendaklah kita da’wahkan ilmu ini kepada saudara kita di seluruh alam.
 Hendaklah kita derdo’a agar Allah swt tanamkan hakikat ilmu ini didalam diri kita
serta diri saudara kita di seluruh alam.

 Zikir Maksudnya : Ingat kepada Allah swt.
Maksud dan tujuannya :
Kita hendaklah selalu ingat kepada Allah dalam setiap saat dan keadaan.
Kelebihan atau keutamaanya :
 Barang siapa yang ada zikir dihatinya, maka ia hidup disisi Allah.
 Barang siapa yang tiada zikir dihatinya, maka ia seperti orang yang mati disisi
Allah.
 Dan barang siapa yang selalu membasahi lidahnya dengan berzikir, maka ia akan
masuk syurga dengan tersenyum-senyum.
Cara untuk mendaapatkannya :
 Hendaklah selalu ingat kepada Allah swt, baik semasa kita berbaring atau berjalan ,
atau baik semasa kita duduk ataupun berdiri .
 Hendaklah kita berzikir sekurang – kurangnya 300 pagi dan 300 petang:
Pagi setelah Solat Subuh dan petang pula setelah Solat Ashar.
Zikir boleh diamalkan seperti berikut ;
 100 x tasbiat ,(Subhanallah walhamdulillah walailahailallah wallahhu akhbar)
Tanda cinta kita kepada Allah swt.
 100 x Shalawat,(Allahumma saliala muhammad wa ala ali muhammad)
Tanda cinta kita kepada Rasulullah saw.
 100 x Istighfar,(astaqfirullah halaziim)
Tanda cinta kita kepada diri kita.
 Hendaklah kita da’wahkan zikir ini kepada saudara kita diseluruh alam.
 Hendaklah kita berdo’a agar Allah swt tanamkan hakikat zikir ini di dalam diri kita
serta diri saudara kita diseluruh alam.

4. Hakikat Iqram Muslimin
 Maksudnya : Memuliakan sesama muslim.
Maksud dan tujuan :
Tunaikan hak-hak saudara kita tanpa kita meminta imbalan.
Kelebihan atau keutamaannya :
 Barang siapa yang menutupi aib saudaranya, maka Allah swt akan menutupi aibnya
didunia dan akhirat. Dan Allah swt akan menolongnya selagi ia selalu menolong
sesama muslim.
 Barang siapa yang tunaikan hak-hak saudaranya, maka Allah swt akan memberi
73 hasanah, yang mana 1 hasanah diberikan didunia ini manakala 72 lagi diberikan
di akhirat nanti.
Cara untuk mendapatkannya :
 Hendaklah memuliakan orang tua kita, alim-ulama, tok kiyai & guru agama.
 Hendaklah menghormati orang yang lebih tua dari pada kita.
 Hendaklah menghargai orang yang sebaya dengan kita.
 Hendaklah menyayangi orang yang lebih muda dari pada kita.
 Hendaklah kita da’wahkan ‘hakikat iqram wal muslimin’ ini kepada saudara kita
diseluruh alam.
 Hendaklah berdo’a agar Allah swt tanamkan ‘hakikat iqram wal muslimin’ ini didalam
diri kita serta diri saudara kita diseluruh alam.

5. Hakikat Ikhlas Niat
 Maksudnya : Niat yang ikhlas.
Maksud dan tujuanya :
Beramal dan berbuat sesuatu hanya semata-mata karena Allah swt.
Kelebihan atau keutamaanya :
 Barang siapa yang beramal sebesar biji zarah dengan niat yang ikhlas karena Allah,
maka Allah swt akan memberi ganjaran pahala seperti Gunung Uhud emas.
 Barang siapa yang beramal walaupun sebesar gunung Uhud, tetapi tidak dengan
keikhlasan maka dihadapan Allah swt tidak mendapatkan ganjaran apa-apa,sia-sia saja.
Cara untuk mendapatkannya :
 Hendaklah selalu meluruskan niat kita, baik diawal amalan/pekerjaan, dipertengahan
amalan/pekerjaan ataupun diakhir amalan/pekerjaan.
 Hendaklah da’wahkan ‘Ikhlas Niat’ ini kepada saudara kita diseluruh alam.
 Hendaklah berdo’a agar Allah swt tanamkan hakikat ikhlas didalam diri kita serta diri
saudara kita diseluruh alam.

6. Hakikat Khuruj Fiisabiilillah
 Maksudnya : Keluar dijalan Allah swt.
Maksud dan tujuannya :
Untuk mengekalkan hidayah didalam diri kita dan menjadikan asbab turunnya hidayah ke
seluruh alam.
Kelebihan atau keutamaannya :
Rasulullah saw bersabda :
“Laqod atun awro atun fisabilillahi Khairuminaddunya wama fiiha.”
Maksudnya : Sepagi sepetang keluar dijalan Allah lebih baik daripada mendapatkan dunia
beserta isinya.
“Saatun fisabilillahi khirum min khomsina hajjah.”
Maksudnya : Sesaat dijalan Allah lebih baik daripada 50 kali haji.
 Debu-debu yang menempel di badan orang yang keluar dijalan Allah akan menjadi
perisai (pelindung) daripada asap api neraka.
 Malaikat rela membentangkan sayap-sayapnya untuk diinjak orang yang keluar dijalan
Allah.
 Bumi yang tidak dipijak akan merasa dengki dengan bumi yang dipijak oleh orang yang
keluar dijalan Allah.
 Semua makhluk baik didaratan ,lautan ataupun udara akan memohan ampun kepada
Allah untuk orang yang keluar dijalan Allah.
 Sesaat fikir Agama Allah lebih baik daripada 60 atau 70 tahun ibadah sunat.
 Satu perkataan da’wah lebih baik daripada satu tahun ibadah sunat.
Cara untuk mendapatkannya :
 Hendaklah korbankan Diri, Masa, Harta, Wang Ringgit untuk keluar dijalan Allah.
 Ulama kita cakap, kita hendaklah keluar dijalan Allah :
1. Seumur hidup 4 bulan.
2. Setahun 40 hari.
3. Setiap bulan 3 hari.
 Hendaklah hidupkan musyawarah harian
 Hendaklah hidupkan jaulah 1 dan jaulah 2
 Hendaklah hidupkan ta’lim rumah dan ta’lim Masjid
 Hendaklah hidupkan 2 setengahjam
 Hendaklah hadir pada malam markas
 Hendaklah Istiqomah keluar 3 hari setiap bulan
 Hendaklah siap untuk nusrah (bantu) setiap ada jemaah yang datang
Saya berazam untuk mengamalkannya .
Bagaimana dengan tuan-tuan semua ??