Thursday, 8 September 2011

Ahlul Bayt


Segalanya berdasarkan kepada ayat Ath-Thathhir (Penyucian) di dalam surah al-Ahzab: 33 yang berbunyi



                                        اِنمَّاَ يُريِدُ اللهُ لِيُذهِبَ عَنكُمُ الرِّجسَ أهلَ البَيتِ وَيُطَهِّرَكُم تَطهِيرا"Sesungguhnya Allah bermaksud semata-mata mahu menghilangkan dosa dari kalian semua wahai Ahlul Bait dan menyucikan kalian sesuci-sucinya"Ahlul Bait adalah perkataan bahasa arab yang bemaksud ahli rumah atau keluarga. Pengertian ini menunjukkan kepada ahli keluarga Nabi s.a.w tanpa sebarang pengecualian samada yang kafir atau sebaliknya. Dari itu, dapatlah disimpulkan bahawa pengertian Ahlul Bait dari sudut bahasa (لغة) ini tidak sesuai untuk dijadikan ukuran dalam perbahasan ini. Seterusnya, dapat juga dirumuskan bahawa Ahlul Bait yang dimaksudkan Nabi merupakan individu-individu pilihan Allah dan Rasul-Nya.Sebuah hakikat yang tidak mungkin akan dinafikan oleh sesiapa bahawa Ahlul Bait yang dimaksudkan di dalam ayat Thathhir tersebut adalah Nabi s.a.w, Ali bin Abi Thalib, Fatimah az-Zahra`, Hasan bin Ali dan Husein bin Ali.Para ulama tafsir berserta hadits-hadits yang meriwayatkan tentang kenyataan ini sangat kuat dan jitu. Lebih kurang 24 orang para sahabat yang telah mengakui kebenaran ini. Diantaranya imam Ali, imam Hasan, imam Husein, Abdullah bin Ja`afar, Ibnu Abbas, Aisyah, Ummu Salamah, Anas bin Malik, Sa`ad bin Abi Waqqas, Abu Hamzah dan Mughaffal.Sementara para ulama Sunni diantaranya Jalaluddin as-Suyuthi asy- Syafi`ie – pengarang tafsir ad-Durul Mantsur – telah membawakan periwayatan mengenainya sebanyak 20 riwayat. Hal ini dilakukan juga oleh ath-Thabari – penulis tafsir Sunni pertama – dan Ibnu Katsir. Kedua-dua mereka telah mencatat dalam karya tafsir masing-masing tidak kurang dari 15 riwayat dari rantai sanad yang berbeza.Ahlul Bait yang Allah s.w.t sebutkan dalam ayatNya tersebut adalah sebagai menunjukkan kepada satu golongan keluarga Nabi yang terpilih dari bilangan mereka yang besar. Ahlul Bait kalau dalam ertikata bahasa memang bermaksud keluarga Nabi tapi demi untuk membezakan antara keluarga Nabi yang suci dan tidak maka Allah s.w.t menyebutnya di dalam al-Quran dan memerintahkan nabi menunjukkan siapakah gerangan individu pilihan tersebut.Contohnya imam Muslim meriwayatkan dalam Shahihnya dari isteri Nabi sayyidatina Aisyah berkata:Pada suatu pagi, Nabi membaluti tubuhnya dengan kain yang diperbuat dari wool berwarna hitam. Setelah Hasan datang, baginda memasukkannya ke dalam kain tersebut. Datang Husein, baginda juga memasukkannya ke dalam kain. Kemudian datang Fatimah juga baginda memasukkannya ke dalam kain. Akhirnya datang Ali dan baginda memasukkannya ke dalam kain. Setelah itu baginda terus membaca ayat…..(Thathhir)



Hakikatnya, sebab utama Allah s.w.t memilih kalangan keluarga Nabi s.a.w untuk disucikan kerana mereka bakal menjadi gandingan al-Quran sebagaimana sabda Nabi s.a.w:

يا ايُّهَا النَّاس اِنِّي قَدْ تَرَكْتُ فِيكُم مَا اِنْ أخَذْتُمْ بِهِ لَن تَضِلُّوا: كِتاَبُ الله وعِترَتِي أهل بَيتِي

"Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah meninggalkan kepada kamu sesuatu yang jika kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya: Kitab Allah dan keluargaku iaitu Ahlul Baitku"



Kesucian yang Ahlul Bait miliki ada dinyatakan oleh para ulama diantaranya:

1. Ibnu Jarir ath-Thabari berkata: Sesungguhnya Allah berkehendak untuk menghilangkan السوء (kenistaan) dan الفحشاء (kekejian) dari mereka dan mensucikan mereka dari kotoran yang timbul akibat maksiat dengan sesuci-sucinya.

(Tafsir ath-Thabari: Ayat Thathhir)

2. Ibnu Hajar al-Haitami pula berkata: Ayat Thathhir ini adalah sumber keutamaan Ahlul Bait a.s kerana ianya terkandung kemuliaan dan perhatian Allah terhadap mereka, di mana ayat ini dimulakan dengan kata إنما yang faedahnya sebagai للحصر iaitu keterbatasan dan pengkhususan kehendak Allah terhadap mereka bagi menghilangkan nista الرجس iaitu dosa atau syak yang wajib aman dari mereka. Juga mensucikan mereka dari seluruh akhlak dan perihal yang keji.

(As-Sawa`iqul Muhriqah: Hal. 223)

3. Jalaluddin as-Suyuthi di dalam bukunya Al-Iklil Fi Istimbatit Tanzil mengatakan bahawa berdasarkan ayat inilah (ayat Thathhir), maka mereka (para ulama) berpendapat bahawa ijma` (persepakatan fatwa) Ahlul Bait adalah hujjah. Ini adalah kerana ar-Rijs tidak mungkin ada pada diri mereka.

(Al-Iklil Fi Istimbatit Tanzil: Hal. 178.)



Di dalam kitabnya Al-Kabir, Thabrany dan ar-Rafi'iy dan Ahmad bin
Hanbal di dalam Musnadnya, diriwayatkan bahwa Rasulullah Saw bersabda,

"Mereka itu (Ahlul Baitku) adalah keturunanku. Mereka diciptakan dari
darah dagingku dan dikarunia pemahaman dan ilmuku. Celakalah umatku
yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubungan denganku
melalui mereka. Allah tidak akan menurunkan syafa'at kepada
orang-orang seperti itu!"

Rasul saw bersabda, "Tidaklah yang mencintai kami Ahlul Bait melainkan
orang beriman dan tidaklah yang membenci kami kecuali orang munafiq !"
(Al-Mala dalam Sirah-nya)





Antara ahlul bayt yang masih hidup....


                  Maulana Syeikh Muhammad Nazim Adil Al-Haqqani 
     






Shaykh al-Sharif Al-Sayyid Muhammad al-Hasan ibn Alawi ibn Abbas ibn Abd al-Aziz al-Maliki al-Hasani 
al-'Idrisi al-Makki


No comments:

Post a Comment